Assalamualaikum


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu ini dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit informasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.
Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari semasa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.

Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan membicarakan Sudut IT untuk dikongsikan bersama. Dengan perkongsian ini dapatlah kita bersama-sama meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai IT.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk pembangunan negara.

"Wassalam."





PENTADBIR

1. Pn.Zabidah Bt. Karamin : Guru Besar
2. Pn.Wahibah Bt. Hj. Matni : Penolong Kanan Pentadbiran
3. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM
4. Mahmud B. Mumin : Penolong Kanan Kokurikulum
5. Lim La Li Fah @ Halifah Bt Salim : Penolong Kanan

Wednesday, November 17, 2010

Surat untuk semua Guru SKP1

11th November 2010

Abdul Wahab Bin Hj Aman / Cikgu Faradah Hj Matusin

(Bapa kepada Nurul Syafiqah Bt Abdul Wahab – Tahun 3 (2007), Tahun 4(2008), Tahun 5 (2009)

Lot 4470, Desa Permai,

Taman Tunku

98000 Miri

Sarawak.

HP No : 016-5521400 / 016-5251400

FAX NO : 085-615658

_____________________________________________________________________________________

Guru Besar &

Semua Guru-Guru (berkenaan)

SK Pekan Satu

WP Labuan.

Assalamualaikum Kepada Semua,

Per : Keputusan UPSR 2010

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

Terlebih dahulu saya , Abdul Wahab Bin Hj Aman bapa kepada NURUL SYAFIQAH BT ABDUL WAHAB yang pernah belajar di SK Pekan Satu, WP Labuan pada Tahun 2007(Tahun 3) sehingga tahun 2009(Tahun 5) dengan rasa bangganya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah mendapat keputusan 5A pada peperiksaan UPSR Tahun ini, 2010.

Dikesempatan ini , kami sekeluarga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Guru-Guru yang pernah dan telah terlibat mengajar beliau secara langsung atau tidak langsung semasa beliau bersekolah di SK Pekan Satu.

Kami begitu terharu dan dapat membayangkan alangkah baik sekiranya beliau di ketika menerima keputusan 5A ini sedang bersekolah di SK Pekan Satu? Walau apapun, takdir telah menentukan segala-galanya.

Kami amat teruja sekali untuk melihat keberkesanan dari pembelajaran yang diperolehi beliau semasa belajar di SK Pekan Satu, ternyata ianya telah membuahkan hasil yang begitu amat bermakna sekali bagi kami sekeluarga.Kami juga dapat merasakan kemantapan dan kebolehan tenaga pengajar di SK Pekan Satu yang tidak putus putus untuk melihat anak didik mereka berjaya dalam apa jua bidang baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum dan sebagainya, dan ianya terbukti di mana anak saya telah berjaya mendapat keptusan cemerlang 5A di dalam UPSR tahun ini, malah beliau sekembalinya ke Miri dari WP Labuan telah dan dapat mempertahankan Tempat Pertama berturut-turut sepanjang tahun ini di antara keseluruhan pelajar-pelajar tahun 6 (seramai 125 orang) di SK Agama (Majlis Islam Sarawak) Miri .

Kami tak ada ungkapan yang istimewa untuk diucapkan , Cuma SYABAS dan TANHIAH kepada semua guru – guru SK Pekan Satu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang beliau berada di SK Pekan Satu.

Hanya Allah SWT saja yang dapat mambalas segaja jasa dan budi anda semua. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan semoga semua guru- guru sama ada yang mengenali kami atau tidak akan terus berusaha gigih untuk menjadikan SK Pekan Satu, WP Labuan yang terbaik , kerana ianya telah terbukti pada hari ini ANAK DIDIK SK PEKAN SATU, WP LABUAN TELAH BERJAYA MEMBUKTIKAN BAHAWA SK PEKAN SATU ADALAH YANG TERBAIK. SYABAS DAN TAHNIAH ……………………………………………………………………………………..

Akhir kata dari kami sekeluarga, kami mendoakan semoga SK PEKAN SATU akan terus maju dan terus berjaya dalam menghasilkan anak anak yang berwibawa dan berketrampilan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Wassalam…

Yang Benar

ABDUL WAHAB BIN HJ AMAN

CIKGU FARADAH HJ MATUSIN

No comments:

SLOGAN SEKOLAH

CEMERLANG UNTUK NEGARA
(C.U.N)
SK Pekan Satu W.P Labuan memilih "Cemerlang Untuk Negara" sebagai slogan dan penanda aras sekolah. adalah singkatan daripada "C.U.N""Cemerlang Untuk Negara" sesuai dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Rasional :
Cemerlang diasah dan bermula dari sekolah rendah.

Harapan:
Bakal melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Bagaimana?
"C.U.N" akan dapat dicapai dengan adanya komitmen dan kesedaran yang padu di antara guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat. Selain daripada itu sikap positif, proaktif kreatif dan inovatif, berbudaya cemerlang dan budaya saing memainkan peranan penting dan merupakan tunggak utama menjurus ke arah "C.U.N". Insya Allah.




COGAN KATA SEKOLAH

PELAJARAN:

Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.

KUNCI:

Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.

HIDUP:

Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

Misi Sekolah

Untuk Memberikan Perkhidmatan Pendidikan Yang Berkualiti Dan Seimbang Kepada Murid Melalui Pengurusan Berkesan

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU PERKASA MENJELANG TAHUN 2010

( Konotasi PERKASA membawa maksud hebat.Peningkatan Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid Dan Pengurusan Pejabat dan pembentukan sahsiah mencapai tahap kualiti dan kuantiti ke tahap maksima yang ditetapkan sehingga sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama masyarakat.